Monday, August 02, 2004

History created: Dewan Negara referred a Bill back to Dewan Rakyat.

FOR the first time in the 49-year history of Parliament, the Dewan Negara has sent back a Bill to be re-tabled in the Dewan Rakyat because two words — human beings — are not included in it.

The Senators want the words "human beings" to be included in clause 8 of the Pesticides (Amendments) 2004 Bill.The amended Act in clause 8, part (a) should read: "in paragraph (1)(b) by substituting for the words "or inefficacy" the words "inefficacy or adverse effects on animals, plants, fruits or property and human beings".The Bill tabled did not have the words "human beings", thus when there are side-effects on humans, due to the use of pesticide, action such as deregistration of the pesticide cannot be initiated.

The Dewan Negara, however, passed the Bill, with amendments to be made in the Dewan Rakyat.The Bill will now be re-tabled in the Dewan Rakyat at the next sitting and the words "human beings" inserted during debates at the committee stage.It will again be debated in the Dewan Negara.

I checked out the Hansard and the following is the relevant debate in verbatim. Senator Jaya Partiban is the first one to raise this issue. She is also the Wanita MIC Chief.

DN 22.7.2004 (Rang Undang-undang Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004)


Puan Jaya Partiban: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak
minta satu penjelasan dari Yang Berhormat kerana Yang Berhormat selalu membuat
banyak kajian sebelum mengemukakan perbahasan. Tadi Yang Berhormat ada
berkata, bahawa bersetuju dengan segala yang dicadangkan.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat kepada Fasal 8 dan Fasal 9.
Fasal 8 menyatakan, bahawa yang ayat terakhir, “…..terhadap binatang, tumbuhtumbuhan,
buah-buahan dan harta”. Tetapi manusia dan alam sekitar tidak termasuk
dalam ayat tersebut dan jika diikuti Fasal 9 seseorang itu dikehendaki memberitahu
Lembaga jika berlaku penyelewengan ataupun ada kemudaratan makhluk perosak itu
terhadap binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta, kalau ada orang sedar
bahawa ada kemudaratan berlaku pada alam sekitar ataupun manusia.
Bukankah peruntukan ini tidak memerlukan seorang itu memberitahu kepada
Lembaga, apa saya hendak katakan di sini ialah, tidak ada peraturan ataupun undangundang
yang memerlukan pemohon itu memberitahu kepada Lembaga kalau
kemudaratan berlaku kepada manusia dan juga alam sekitar. Saya rasa itu kurang
sempurna sebab kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar adalah satu aspek
yang lebih penting. Terima kasih.

Tuan Lee Sing Chooi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
kebenaran untuk saya membahaskan satu akta untuk meminda Akta Racun Makhluk
Perosak 1974.
Pertama sekali saya hendak juga bahas tentang dengan seksyen 10 tadi
berkenaan dengan binatang dan juga haiwan itu. Dalam pindaan yang diminta itu,
adalah terletak di dalam seksyen 10 dalam Akta ibu. Seksyen 10 adalah berkenaan
dengan kuasa-kuasa membatalkan pendaftaran dan selepas apa yang diminta pinda
itu ia berbunyi begini:
“10 (1) (b) Jika pada pendapat Lembaga tidak sepatutnya bahawa
racun makhluk perosak itu didaftarkan berterusan kerana kebiasaannya
atau ketidakmujarabannya atau kemudaratannya terhadap binatang,
tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta”,
Itu selepas yang diminta pinda itu.
Kita nampak tidak ada sebut ‘manusia’ tetapi di seksyen 10 Akta ibu itu
berkenaan dengan “pendaftaran” dan “penolakan mendaftar”. Di seksyen 8 Akta ibu
itu berkenaan dengan pendaftaran, seksyen 8 (c) yang berbunyi, “Racun makhluk
DN 22.7.2004 46
perosak itu jika digunakan atau dikendalikan mengikut kenyataan-kenyataan yang
ditunjukkan pada label yang dicadangkan itu adalah mujarab dan adalah:-
(i) selamat kepada manusia dan binatang atau menjadi satu risiko
kepada manusia dan binatang pada sesuatu dekad atau
tingkatan minimum yang amatlah sedikit jika dibandingkan
dengan betapa perlu atau faedahnya racun makhluk perosak itu
digunakan.
Maknanya di seksyen 8 itu adalah disebut perkataan ‘manusia’ dan ‘binatang’.
‘Manusia’ itu diasingkan. Tetapi dalam pindaan ini hanya perkataan “binatang”
disebutkan. Ini kita nampak satu inconsistency dalam pemindaan akta ini, kerana
semasa membenarkan pendaftaran itu, perkataan “manusia” dan “binatang”
disebutkan. Tetapi, semasa membatalkan pendaftaran itu, perkataan “manusia” itu
tidak disebutkan. Ini adalah satu inconsistency dalam pemindaan akta ini.
Lagi satu, mungkin dalam akta itu ada satu seksyen, dalam seksyen yang sama
mungkin boleh dikatakan apa yang didaftarkan itu, conditions yang tertakluk kepada
pendaftaran itu patut dipatuhi. Dalam Seksyen 10, 1(e), ia berbunyi begini: “Jika
mana-mana daripada syarat-syarat yang tertakluk kepada mana racun makhluk
perosak itu dikatakan telah tidak dipatuhi.” Ini kerana, semasa pendaftaran perkataan
“manusia” dan “binatang” itu disebutkan dan itu adalah satu kriteria dalam pendaftaran.
Tetapi, dalam 1(b) yang diminta pindaan itu tidak disebut “manusia”, mungkin I(e)
boleh, Fasal 1(e) yang mana di dalam pendaftaran itu diberikan syarat-syarat yang
tertakluk itu dikuatkuasakan.


DN 26.07.2004

Dato’ Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma
hendak sambung sedikit sahaja perbahasan saya tentang Rang Undang-undang
Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian kerana
selepas kita berbincang panjang selama dua hari minggu lepas, saya nampak mungkin
ada pindaan dalam Jawatankuasa nanti yang akan kita buat. Ini menunjukkan bahawa
Yang Berhormat Senator semua telah pun benar-benar mengambil kira tentang apa
sahaja yang tidak mencukupi dalam rang undang-undang ini dan kementerian juga
nampaknya dapat mengambil kira tentang perbahasan yang telah pun Yang Berhormat
semua bincangkan. Jadi kita ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada
kementerian ini. [Tepuk]
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Yang Berhormat Puan Jaya Partiban yang mula-mula mengemukakan
tentang masalah perkataan “manusia” yang tidak ditimbulkan dalam pindaan rang
undang-undang itu serta rakan-rakan lain seperti Yang Berhormat Tuan Lee Sing
Chooi dan semua yang ada. Jadi, untuk tidak memanjangkan lagi perbahasan ini, saya rasa mungkin sudah
tidak ada lagi yang ingin membahaskan perkara ini, saya bagi pihak semua Yang
Berhormat Ahli Dewan Negara ini ingin menyokong rang undang-undang ini dengan
pindaan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.